Tips Mengembara dengan Anak Kecil

Sekarang sudah jadi kebiasaan untuk ibubapa pergi bercuti bersama anak-anak. Banyak kelebihan bila bawa anak kecil bercuti sekali, tetapi ianya boleh jadi sedikit mencabar, maklumlah anak kecil ini, sikapnya tidak sama seperti orang dewasa.

Jom kami kongsikan sedikit tips jika anda nak bercuti dengan anak kecil!

1. Rancang Perjalanan:

  • Setelah mempunyai anak kecil, kita tidak boleh lagi menggunakan mindset ‘follow the flow’ kerana kita perlu meletakkan keperluan anak kita terlebih dahulu.
  • Buat kajian tentang tempat yang anda tuju dan atur aktiviti mesra kanak-kanak agar mereka tidak kebosanan dan meragam.
  • Apakah destinasi kita domestik atau antarabangsa? Perlu kita titikberatkan kos tambahan seperti tiket atau pasport untuk si kecil sekiranya kita ingin menaiki kapal terbang.
  • Jika menaiki kereta, cukup selesakah kerusi bayi kita untuk perjalanan jarak jauh?

2. Rancang Barang Keperluan:

  • Sertakan keperluan seperti makanan ringan, pakaian tambahan, kain lap dan lampin dalam beg kita.
  • Bawa alat elektrik (jika ada), mainan dan buku untuk hiburan anak-anak sepanjang percutian.
  • Ingatlah untuk membawa peti pertolongan cemas yang kecil dan sebarang ubat-ubatan yang diperlukan sekiranya anak mempunyai sebarang penyakit.
  • Pastikan buat ‘check list’ dan kemas beg pakaian si kecil lebih awal supaya tidak kelam kabut atau ada yang tertinggal.
  • Pastikan bawa satu beg galas untuk mengisi barang anak-anak ketika bersiar-siar.

3. Pilih Tempat Penginapan yang Mesra Kanak-kanak:

  • Cari tempat penginapan alternatif yang mesra keluarga, seperti resort atau rumah percutian dengan kolam renang atau ruang permainan.
  • Untuk hotel, carilah yang mempunyai lif, tempat letak kereta yang berdekatan, perkhidmatan bilik, serta pengawal keselamatan.
  • Sahkan bahawa tempat penginapan menyediakan kemudahan dan ciri keselamatan kanak-kanak yang diperlukan.

4. Makanan untuk Kanak-kanak:

  • Jika terpaksa menginap di hotel yang tidak children-friendly, sediakan makanan yang bersesuaian dengan anak-anak.
  • Beli campuran snek yang berkhasiat untuk anak-anak ketika bersiar-siar agar mereka tidak meragam jika belum tiba waktu untuk sarapan/makan tengahari/malam.

5. Utamakan Keselamatan Kanak-kanak:

  • Utamakan keselamatan anak-anak dengan memastikan booster seat, tempat duduk kereta si kecil, dan langkah berjaga-jaga keselamatan lain diletakkan dengan betul.
  • Wujudkan titik pertemuan atau cipta rancangan sekiranya seseorang terpisah, terutamanya di kawasan yang sesak.

6. Pastikan Jangan Berlebihan:

  • Ingatlah bahawa beberapa barangan boleh dibeli di tempat anda bercuti. Jadi, tidak perlu beratkan beg dengan barangan yang boleh dibeli, sekali gus memudahkan pergerakan untuk bersiar-siar bersama anak-anak.

7. Kekalkan Sifat Positif:

  • Kekalkan sikap positif dan optimistik sepanjang perjalanan, kerana si kecil boleh merasakan perubahan emosi kita.
  • Terima cabaran-cabaran yang berlaku ketika percutian itu sebagai kenangan yang berkekalan untuk seisi keluarga.

Jika anda nak pakej pakej melancong ke Turki, Bosnia, Indonesia dan lain lain lagi, jemput lihat website kami .

Utama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *