Turki merupakan sebuah negara yang mempunyai empat musim yang berbeza: musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk. Setiap musim mempunyai tarikan dan kemudahan unik untuk pelancong-pelancong ketika datang ke Turki.
Musim Sejuk (Disember-Februari)
Pada musim ini, seluruh kawasan akan dipenuhi oleh salji yang tebal, dimana suhu boleh mencapai 0 hingga 19 darjah Celsius, lebih-lebih lagi di kawasan yang pergunungan dan berbukit. Hotel juga akan menjadi lebih murah berbanding pada musim yang lain dan pelancong juga tidak begitu banyak. Di Istanbul, kemungkinan salji turun sebanyak 3 atau 4 kali sepanjang 4 bulan musim sejuk.
Musim Bunga (Mac-Mei)
Musim bunga mempunyai suhu sederhana, bunga mekar dan landskap yang serba hijau. Purata suhu pada siang hari adalah dari 10 hingga 20 darjah Celsius.
Musim bunga ialah masa yang sesuai untuk melawat Turki, kerana cuaca yang selesa untuk aktiviti luar, dan landskap menjadi hidup dengan bunga berwarna-warni. Destinasi popular seperti Istanbul, Cappadocia dan pantai Aegean tidak terlalu sesak, dan anda boleh menikmati pelbagai festival dan acara, iaitu antaranya ialah Festival Tulip.
Musim Panas (Jun-Ogos)
Musim panas di Turki, yang berlaku dari Jun hingga Ogos, ditandai dengan suhu yang panas terutama di kawasan pesisiran pantai. Musim ini memberikan impak yang besar kepada pelancong, menarik ramai pengunjung disebabkan oleh cuaca yang selesa dan pelbagai aktiviti luar yang dianjurkan. Ramai pelancong menikmati musim panas ini dengan berenang di pantai ataupun makan di tepi pantai sambil menikmati angin laut.
Musim Luruh (September-October)
Musim luruh di Turki mempunyai suhu serendah 15 darjah Celsius dan setinggi 25 darjah Celsius. Musim ini sesuai untuk mereka yang ingin melancong secara relaks kerana ianya dipenuhi dengan dedaunan kering yang berwarna kuning-merah. Kawasan tepi-tepi jalan dan bukit akan dipenuhi oleh daun kering namun ia memberikan pemandangan yang sangat menarik.
